Wednesday, 6 April 2011

TUMIT KAKI PECAH

Pelbagai petua boleh diamalkan untuk menyembuhkan tumit kaki yang pecah. Antaranya ialah :-

1.     Rendamkan kaki dalam air suam beberapa minit. Kemudian gosokkan batu asah pisau pada tumit yang pecah tadi. Lakukan sehingga berlaku perubahan.
2.     Ambil getah betik yang masih muda. Sapukan pada tumit yang pecah dan biarkan kering. Selain getah betik, ubat gigi juga boleh digunakan.
3.     Campurkan sedikit air perahan limau nipis dengan bawang putih yang telah dihancurkan. Sapukan pada tumit kaki yang pecah. Lakukan secara berterusan sehingga sembuh
4.     Geselkan kaki anda di rumput yang masih berembun pada waktu pagi. Lakukan tiap-tiap hari sehingga anda merasakan perubahannya.
5.     Bawang merah dibelah dua. Sapukan pada tumit kaki yang pecah sehingga kering. Ulangi setiap hari sehingga sembuh.
6.     Hancurkan gambir dan campurkan dengan air. Sapukan campuran ini pada tumit yang pecah.
7.     Sapukan minyak lebihan mengoreng ikan pada tumit yang pecah.

Friday, 1 April 2011

PETUA HILANGKAN PARUT

Ini ada satu petua untuk menghilangkan parut. Sebenarnya petua untuk menghilangkan parut ni mungkin telah ramai yang tahu dan pernah buat.




 


Petua ini menggunakan daun lidah buaya untuk membantu memudarkan parut (tak kira parut jerawat ke atau parut di badan)

Caranya adalah dengan mengambil daun lidah buaya, buang duri di kiri dan kanan daun. Kemudian buang sedikit kulit daun tersebut untuk mendapatkan lendirnya. Sapu lendir daun lidah buaya tersebut pada parut di muka atau badan. InsyaAllah parut akan cepat sembuh terutama sekali parut yang masih baru. Ingat, jangan tunggu lama-lama, jangan biar luka/parut dah jadi kehitaman baru nak cari daun lidah buaya ni yer...


Thursday, 31 March 2011

PETUA MENCERAHKAN KULIT MUKA


 Petuanya mudah sahaja, murah dan yang paling penting, anda akan dapat melihat hasilnya…

Caranya :

1)Parutan Lobak merah



2) Kuning Telur



3) Sedikit Air Limau Nipis
(kat rumah saya hanya ada limau kasturi, jadi saya guna limau kasturi ajer)

Campurkan kesemua bahan di atas dan kacau hingga sebati. Sapukan pada muka dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan air tanpa menggunakan sebarang pembersih muka.

Bagi saya, resipi ini cukup berkesan. Saya sendiri telah mencubanya dan mendapati kulit wajah saya lebih cerah dan berseri sebaik sahaja campuran tadi ditanggalkan. Cubalah sendiri!

Sunday, 27 March 2011

MERAWAT KULIT TERBAKAR(SUNBURN)




Petua2 ini aku dapati dari majalah Rapi 2008...

Aku dah potong & simpan...jadi sebelum hilang keratan ini baik aku tuliskan di sini supaya pembaca2 yang rajin dtg ke blog ini mendapat manafaatnya...

Petua kali ini banyak berkisar ttg wajah...dan bahan2 yang digunakan adalah bahan2 yang biasa kita dapati di dapur.




Kalau dulu...masa muda2...aku suka kena sunburn...mesti pipi merah...cantik...tapi bila dah berusia kulit yang merah akan bertukar keperangan beberapa hari kemudian.

Bagi mereka yang terpaksa menjalankan aktiviti di tengah panas matahari...maka ini ada petua untuk anda yang terkena 'sunburn'

Ambil sebiji kentang...dicuci bersih kemudian dikukus hingga empuk/lembut.  Tak perlu membuang kulit kentang tersebut.

Selepas itu lenyek kentang tersebut hingga halus ...dan letakkan bancuhan ubi kentang itu pada kulit wajah yang terbakar...pasti anda akan merasa nyaman dan segar...

Selamat mencuba....

MELAMBATKAN PROSES PENUAAN...


Tua ada proses alam semulajadi...

Semua orang akan jadi tua... kecantikan yang diberikan ALLAH pasti akan pudar satu hari nanti...

Kita tidak dapat menahannya...tapi kita boleh melambatkan proses tersebut.

Rasanya... semua orang ingin sentiasa dilihat cantik dan muda.

Tapi kecantikan luaran bukanlah segala2nya...

Ingatlah  bahawa kecantikan itu datangnya dari dalam... Jika bersih hati nurani seseorang pasti wajahnya sentiasa bersih

Disamping itu...cubakan amalan2 ini... ianya dapat membantu kita sentiasa rasa awet...



1... Ukirkan senyuman...



Senyuman boleh membantu mempertahankan bentuk wajah anda...



2... Ambil minyak Ikan... 



Perbaiki kulit anda dengan mengambil tablet minyak ikan  (kod liver oil) sehari sekali.  Ia merupakan  sumber vitamin A, D dan asid lemak untuk kulit...


3... Teh Hijau



Pengambilan teh hijau memang telah membuktikan begitu berpengaruh dalam melambatkan penuaan...



4... Krim Pelembap




Pastikan kulit sentiasa disapu dengan krim pelembap bila berada di dalam bilik yang berhawa dingin bagi mengelakkan kulit menjadi kering.


5... Berhenti dan Jangan Merokok 

Andai anda seorang perokok.. berhentilah merokok kerana  setengah kotak rokok setiap hari selama dua tahun boleh mempercepatkan munculnya kedutan pada kulit...malah 2 kali ganda cepatnya...


Jadi jalan terbaik hentilah merokok...



Tuesday, 15 March 2011

JAMBU BATU TURUNKAN KOLESTROL...







Jambu batu memang sedap...saya suka...sebab ianya rangup...kalau yang dah lembik...hmmm...tak suka...tak sedap...!!

Tau tak yang jambu batu ni mengandungi pektin atau serabut larut yang boleh membantu mengurangkan kolesterol dalam darah terutamanya kolesterol yang tidak baik iaitu LDL.......

Hmmm...sekarang ni...ramai orang yang mempunyai kolesterol yang tinggi...

Jadi...selalulah makan jambu batu untuk mengurangkan kadar kolesterol dalam darah...selain dari itu...jambu batu juga mengandungi vitamin C, B dan tanin....

Tapi...orang perempuan tidak digalakkan sgt memakan jambu batu kerana ia boleh menyebabkan rahim kembang dan banyak air...

MENGHALUSKAN WAJAH...



Telur & madu...adalah dua bahan yang berkhasiat dan boleh 
digunakan untuk pelbagai kegunaan...


Samada sebagai bahan makanan atau kecantikan.


Bagi mereka yang inginkan kulit wajah yang halus dan sentiasa lembab...cuba amalkan petua ini.


Ambil sebiji telur ayam kampung dan campurkan dengan satu sudu besar madu. Campurkan hingga sebati kemudian sapukan ke seluruh wajah. Elakkan bahagian mata dan mulut.


Biarkan sebentar sehingga kering kemudian barulah dicuci.


Amalkanlah seminggu sekali dan kulit wajah anda tidak akan kekeringan lagi.